Pages

Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Showing posts with label My Resepi. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Tahu Terbalik

Resepi Tahu Terbalik

Menu sajian yang ringan untuk minum petang atau untuk yang mengamalkan diet kurang karbihidrat mengunakan produk SDII.









Bahan Bahannya :
8 ekor udang / Isi Ayam - potong kecil
Lada Besar- hiris
Daun Sup - hiris
Telur
Lada Sulah
Lada Kecil - Kalau suka pedas
Bawang besar - potong dadu
Tahu Kering
Garam
Serbuk perisa

Cara Penyediaanya :
1. Tahu kering ada 4 permukaan. potong menyilang seperti huruf X pada satu permukaan dan terbaikan.
2. Buang semua isi tahu dan ketepikan.
3. Campurkan Isi tahu, isi udang / ayam, daun sup, lada besar dan kecil, telur,  garam dan serbuk perasa.
4. Gaulkan kesemuanya dan masukkan kedalam tahu tadi.
5. Goreng sengingga berwarna keperangan dengan api sederhana.

Selamat mencuba

Friday, November 23, 2012

Orkid Butterfly & Masak Lemak Ayam Pecen Dengan Tebu Telur

Salam 1 Malaysia... Hari ahad yang lepas pergi jalan jalan ke Pasar Tani Kuantan. Tujuan utamanya nak menjengok bunga bunga orkid... Dapat tengok tengok bunga orkid pun jadilah. Bukannya apa, bunga orkid ni kalau yang cantik cantik dan pelik pelik sikit ni mahal sesangat. Terutamanya yang spesis liar / hutan. Harga RM 200 pun ada. Tp berbaloi la bagi yang berduit. Kalau orang macam aku cukup la sekadar dapat tengok... Tak tergamak lagi rasanya untuk keluarkan duit membeli orkid dengan harga ratusan ringgit walaupun orked adalah cinta hati aku . Lagipun banyak lagi perkara yang lebih penting aku perlu beli dengan duit sebanyak itu.

Tengok punya tengok hati terpaut sudah kat orkid butterfly ni... Harganya RM 30.00. Ini Kali pertama aku beli orkid butterfly yang dah berbunga. Biasanya aku beli yang anak je. Harga RM 5-RM 10 je. Jenuh juga menuggu dia berbunga. Dah 6 bulan aku beli still tak berbunga.

Orkid Butterfly







Ayam Pencen Masak Lemak Dengan Telur Tebu


Tutup citer pasal bunga orkid... Kali nk citer pulak pasal penemuan baru makanan / sayauran kampung. Sayur telur tebu. Mungkin ramai yang dah makan kot. cuma aku je yang baru jumpa. Rupa telur tebu ni macam bungan kobis yang berbentuk panjang. Rasanya manis tebu. Kata peniaga di situ sedap dibuat gulai lemak putih. Tapi aku masukkan dalan gulai lemak ayam pencen.









Ayam Pencen Masak Dengan Telur Tebu

Bahan Bahannya :

1 ekor ayam pencen
1 biji Santan kelapa
1 cm Kunyit hidup / 1/2 sudu kunyit serbuk - ditumbuk
7 biji Lada Kecil (ikut citarasa sendiri) - ditumbuk
3 Batang serai
Telur tebu

Cara penyediaanya :

1. Rebus ayam pencen sehingga empuk dan air agak kering.
2. Masukkan santan, lada kecil, kunyit , serai garam dan serbuk perasa.
3. Masak sehingga menggelegak dengan apai sederhana. Gulai perlu dikacau sentiasa bagi mengelakan santan berbutir / pecah minyak.
4. Masukkan telur tebu dan masak lebih kurang 10 minit atau sehingga lembut tapi jangan sampai hancur.
5. Angkat dan hidangkan.





Kengsom Ikan Merah ( Asam Pedas Thai )

Salam 1 Malaysia.... Tetiba je tekak ni teringin nak makan makanan ala thai... Cuba search kat internet dan terjumpalah resepi kengsom (Asam Pedas Thai). Tapi aku suka suki ubah sikit resepi mengikut citarasa sendiri.

Rasanya masam masam pedas... sedappp... Cubalah resepi dibawah  ni :





bahan bahanya :

1/2 kg ikan merah (boleh guna ikan lain)
5 ulas Bawang putih
5 biji bawang kecil / merah
1 biji bawang besar
1/2 sudu Belacan
Daun Kesum
10 biji lada kecil (mengikut citarasa sendiri)
1 biji Lada Besar
1 Biji Tomato
1/2 biji Timun
Bendi
5 biji Limau kasturi (Ambil airnya)

Cara Penyediaanya :

1. Kisar Bawang Putih, Bawang Merah, Lada Kecil, Belacan.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan renes sehingga bahan kisar masak.
3. Masukkan ikan, daun kesum, Lada Besar, Tomato, Timun dan bendi.
4. Perasakan dangan garam dan serbuk perasa
5. Reneh sehingga semuanya Masak.
6. Masukkan perahan air limau dan sedia untuk dihidangkan.




Monday, October 22, 2012

Udang Goreng Butter / Butter Prawn

Salam 1 Malaysia. Kali ini nak masukkan resepi Udang Goreng Butter / Butter Prawn untuk dikongsi bersama. Resepi ni tak pernah dicuba sebelum ni. 1 time tau. Alhamdulilah jadi la juga walau tak sempurna macam kat kedai..


Bahan bahan :

1/2 kg Udang
Lada sulah
1/2 sudu besar sebuk perasa cukup rasa Maggi
50 gm Butter / Majerin
2 Ulas bawang putih - diketuk
5 sudu besar susu cair
1/2 cawan minyak
Gula dan Garam

Cara penyediaanya :

1. Perap udang dengan serbuk perasa, lada sulah sedikit garam dan gula selama 15 minit.
2. Goreng udang dan ketepikan
3. Kacau telur dangan susu cair dan  gula. Gula perlu di isi secukupnya bagi mengimbangi rasa masin dari butter / majerin yang digunakan.
4. Panaskan minyak minyak dan masukkan butter / majerin. kemudian masukkan bwg putih daun kari dan  telur.
5. Kacau dengan cepat. Goreng sehingga keperangan.
6. Angkat dan tapiskan minyak.
7. Tabur di atas udang dan sedia di hidang.


Terung Goreng Tahu dengan Udang Kering

Hai... Salam 1 Malaysia... Pada kali ini saya ingin berkongsi resepi yg direka sendiri oleh saya.  Mungkin orang lain dah buat kot resepi ni cuma saya yang ketinggalan. Maklumlah orang rajin memasak. resepi yang saya masudkan ialah :

Terung Goreng Tahu Dengan Udang Kering



Bahan :

5 biji Terung Panjang  (saiz kecil) - belah 2
2 keping tahu - di potong 9
3 ulas Bawang kecil. dihiris
1 ulas bawang putih di ketuk
3 tangkai cili padi
1 sudu serbuk perasa cukup rasa Maggi
3 sudu Udang kering
1 tangkai Daun kari
1/2 sudu minyak bijan - tak isi pun takpe
minyak untuk menumis
garam secukupnya.

Cara penyediannya :

1.   Goreng terung dalam minyak sehingga masak dan ketepikan.
2.   Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering sehingga udang agak garing.
3.   Masukkan tahu, daun kari serbuk perisa dan garam. Kacau selama 5 minit dan masukkan terung yang telah digoreng.
4. Kacau seketika dan sedia dihidangkan.




Thursday, October 11, 2012

Daging Singgang

Dah lama rasanya tak menjengok blog ni.. Selepas kejadian rumah di rompak seminggu sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Nak update catatan pun xde gambar. Habis kamera, beg duit dan semuanya yang dalam handbag. Semua dah dikebas orang.. Semoga Allah mengampuni dosanya. Pada aku aku halalkan segalanya... kerana aku percaya ada hikmah disebalik kejadian itu. Dan yang aku paling bersyukur aku dan keluarga tidak diapa - apakan. Alhamdulilah..

Tutup cerita tu kali ni aku nak kongsi resepi yang mudah dan merupakan kegemaran aku. Resepi ini tinggi kandungan protien dan sesuai bagi sesiapa yang sedang mengamalkan diet yang tinggi protien dan kurang karbohidrat macam aku... 

Daging Singgang




Bahan Bahannya :

1 kg Daging
3 Ulas bawang putih
1 biji bawang besar - dipotong 4
3-5 biji lada kecil (cili padi)
5cm lengkuas - diketuk
1 kpg Asam gelugur (Asam keping)
Air secukupnya
Garam

Cara penyediaannya :

1.   Masukkan semua bahan di atas dan reneh sehingga daging empuk.
2.   Sesuai dimakan dengan nasi putih.

Sekadar berkongsi : Bagi yang ingin membunag angin dalam badan boleh masukkan lebih bawang putih dan jangan kupas kulitnya. Makan bawang tersebut. Rasanya seperi ubi kentang. 



Thursday, July 5, 2012

Sayur Pucuk Manis dengan Telur

Resepi ni ala ala masakan cina...




Bahan bahanya :

Pucuk manis
1 biji telur
1 sudu sos ikan
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 - 5 biji cili padi / lada besar sebagai hiasan 
sedikit ikan bilis
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara Penyediannya :

Seperti biasa, panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah ditumbuk. Setelah bewarna kekuningan masukkan telur dan kacau. Biarkan telur masak dan masukkan sayur pucuk manis dan sos ikan. kacau sehingga sayur layu / masak.

Nota : 
** Sekiranya sos ikan yang digunakan telah sedia masin x perlu ditambah garam
** Ketika mencuci sayur pucuk manis, hendaklah diramas ramas sayur tersebut supaya rasa manis pada sayur tu akan keluar ketika di masak.



Selamat Mencuba ...

Wednesday, June 6, 2012

Tahu Goreng Dengan Sos Tiram

Assalamualaikum.. Pada kali ini, aku ingin berkongsi resepi yang mudah untuk disediakan. Juga sedap untuk dimakan terutamanya yang kepada yang gemarkan TAUHU. Apa itu TAUHU. Meh kita tegok info daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas :


Tauhu adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia dan Malaysia, tauhu berasal dari China, seperti halnya kicap, tauco (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.
Tauhu adalah kata pinjaman daripada bahasa Hokkien (tauhu) (Hanzi: 豆腐, hanyu pinyin: doufu) yang secara harfiah membawa pengertian "kacang soya yang ditapaikan". Tauhu pertama kali muncul di China sejak zaman Dinasti Han pada sekitar 2,200 tahun yang lalu. Penemunya Liu An (Hanzi: 劉安) yang merupakan seorang bangsawan, cucu kepada Maharaja Liu Bang, pengasas Dinasti Han.
Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu.
Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.


Cara membuat tauhu

Selepas kacang soya ditampi untuk mengasingkan biji-biji yang rosak, ia dicuci lalu direndam di dalam air selama enam jam. Selepas dicuci sekali lagi, ia dikisar sehingga halus, dan pesnya dialirkan ke dalam tong penampung.
Pes kacang soya direbus selama 15-20 minit di dalam kuali besar. Jarak waktu antara siap pengisaran dan pemasakan tidak boleh melebihi 5-10 minit untuk menjaga kualiti tauhu yang dihasilkan. Pes tersebut kemudian dipindahkan dari kuali ke tong untuk disaring dengan kain belacu atau kain mori kasar yang telah diletakkan pada dulang buluh. Agar semua pati dalam pes kacang soya tersaring semua, pada kain itu diletakkan sebuah papan kayu dan seorang akan naik ke atas untuk menggoncang-goncangnya. Baki penyaringan, yang disebut kek tauhu diperas lagi dengan menyiram air panas sehingga ia tidak mengandungi sebarang pati lagi. Penyaringan dilakukan berkali-kali sehingga pes kacang soya habis.
Air saringan yang tertampung dalam tong dicampur dengan asam cuka agar menggumpal. Selain daripada asam air kelapa, atau cairan "dadih susu" (air pati tauhu apabila tahu telah menggumpal) yang telah dieramkan, ataupun serbuk kapur tauhu (kalsium sulfat) juga akan ditambahkan.
Air asam dipisahkan daripada gumpalan putih dan disimpan, kerana masih boleh digunakan lagi. Gumpalan tauhu yang mula mengendap dituangkan ke dalam kotak berukuran lebih kurang 50 x 60 sentimeter persegi dan dialasi kain belacu. Adunan tauhu kotak dikempa selama seminit sehingga air yang masih tercampur dalam adunan tauhu itu terperas habis. Adunan tauhu berbentuk kotak yang sudah padat dipotong-potong pada ukuran 6 x 4 sentimeter persegi dan siap dijual.

Emmm... Susah gak untuk menghasilkan tauhu ni... Kalau harapkan aku tak dapat merasa la nak makan tahu . Senang beli di kedai je. 1 Keping = RM 0.50 /RM 0.40 je.

Tahu Goreng Dengan Sos Tiram

 

Bahan Bahannya :

3 keping Tauhu - dipotong 6 bahagian
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bwg besar dipotong bulat
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu besar kicap
sedikit lobak merah
3 biji lada kecil / 1 biji lada besar
garam dan serbuk perasa

Cara penyedianya :

1.   Goreng tauhu dan ketepikan
2.   Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau
3.   Masukkan sos tiram, kicap, garam, serbuk perasa dan air dan reneh seketika.
4.   Masukkan bawang besar dan tauhu. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

** Kalau suka boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.




Ikan Kerisi Masak Asam Rebus

Fuuhhhhh..... Dah berabuk dah blog aku nie. Dah tak berusik blog aku nie... Anyway.. kali nie aku nak berkongsi resepi lagi.. Macam biasa la.. Resepi kali ni biasa jek dan mudah disediakan...





Ikan Kerisi Masak Asam Rebus

Bahan Bahanya :

2 - 3 ekor ikan kerisi
3 cm kuniyit hidup - ditumbuk
5 - 7 biji lada kecil - ditumbuk 
asam keping
1 biji bawang besar - dipotong 4
3 ulas bawang putih - diketuk
air secukupnya
garam dan gula
Kacang bendi (aku tak isi sebab takde stok)
1 biji tomato

Cara penyadiannya :

1.   Masukkan semua bahan di atas kecuali tomato dan reneh sehingga ikan masak...
2.   Masukkan Tomato biarkan seketika dan sedia untuk dinikmati.


Sunday, May 20, 2012

Puding Karemel

Assalamualaikum... Pada kali ni aku nak kongsi resepi puding yang simple dan sedaaappp !!!

Puding Karemel

Bahan untuk karemel:

1 Cawan Gula
1/2 Cawan air panas

Bahan untuk puding :

400ml / 1 tin Susu cair
4 biji telur
5 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila


Cara Penyediaanya :


  1. Pukul semua bahan unuk puding hingga gula hancur dan ketepikan
  2. Untuk karemel pula, cairkan gula hingga perang dan masukkan air.
  3. Tuangkan karemel di dalam bekas di ikuti dengan puding
  4. Kukus selama 20 minit.
  5. Sejukkan dan hidang
*** Aku suka menikmati puding nie dengan mangga atau buah buahan yang lain.



Saturday, May 19, 2012

Brokoli

Brokoli adalah sayur kegemaran aku.. mungkin sebab brokoli merupakan sayur pertama yang aku cuba untuk mengubah tabiat pemakanan aku dari tidak memakan sayauran kepada seorang yang menggemari sayur sayuran. Pada mulanya aku bimbang untuk memakan brokoli kerana aku membanyangkan brokoli ini pahit.. Aku sangat takut pada rasa pahit. Namun bila kali pertama mencubanya saya telah terpikat dan brokoli telah menjadi sayur kegemakan ku... kata orang brokoli bayak khasiatnya.. mari kita selongkar..


 Khasiat Brokoli


Brokoli atau nama saintifiknya Brassica Oleracea merupakan sayauran yang terdiri daripada golongan kobis / brassicaceae. Brokoli mengandungi kandungan vitamin A / karotenoid, vitamin E, Asid Folat & Vitamin C. Vitamin A pada brokoli mengandungi anti oksidan yang dimiliki oleh vitamin c yang dapat melambatkan proses penuaan pada kulit. Serat yang tinggi dalam brokoli dapat mengatasi masalah sembelit, gastrik dan masalah pencernaan. Kandungan nutrien dalam brokoli dapat mencegah kita daripada kaser usus, kanser prostat, kanser paru paru dan lain lain lagi. Brokoli juga dapat mencegah heart deases.

Cara Penyediaan Brokoli


Selain dinikmati secara mentah, mengukus adalah cara terbaik untuk menikmati brokoli kerana merebus akan menghilangkan 50% kandungan nutrien dan vitamin dalam brokoli. Memasak brokoli mestilah tidak melebihi 5 minit supaya kandungan nutrien di dalam brokoli tidak hilang.. Ikuti cara saya menikmati brokoli...


Brokoli Goreng Dengan Udang



Bahan Bahannya :

Brokoli
1 biji bawang besar
3 ulas bawang puti
lada besar
10 ekor udang
1 sudu sos tiram
Garam & serbuk perasa
sediit minya untuk menumis
** Boleh ditambah dengan lobak merah untuk nampak lebih meriah.

Cara Penyediaanya :


  • Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan lada besar hingga layu.
  • Masukkan udang dan biar sehingga udang masak
  • Masukkan brokoli, garam dan sebuk perasa dan sedikit air.
  • Kacau seketika dan tutup kuali selama 3 minit bagi memastikan brokoli masak

Siap untuk dihidangkan...


Monday, May 7, 2012

Nasi Goreng Lada Hitam Dengan Nenas

Assalamualaikum... hmmm... pagi tadi bangun dari tidur tak tau nak sediakan masakan apa... perut dah berlagu riang. Tengok ada lada hitam dan daging. Terasa nak cuba resepi baru. Biasanya order kat kedai je menu ni... Lagipun saja nak memanaskan badan yang rasa macam kurang sihat. Kata mak tersayang lada hitam ni banyak khasiatnya selain dari dapat menyedapkan lagi masakan kita dengan memberi rasa pedas. Antara khasiatnya ialah :


  • Ia turut digunakan sebagai ubat dalaman sebagai afrodisiak, diureti, penawar racun terhadap keracunan makanan dan tonik, 
  • mengeluarkan angin dari perut dan usus
  • memanaskan badan, merawat cirit, disenteri, kolera, mulas perut dan usus kembung angin, reumatisme, 
  • sakit kepala, selesema, senggugut, 
  • susah  menghadamkan makanan
  • Buah yang kering ditelan untuk menghalang rasa loya, mabuk dalam perjalanan, mual, dan mutah
  • Lada dan badan dihancurkan, campur susu dan diminum sebagai afrodisiak. 
  • Campuran lada, akar pinang, dan akar lalang digunakan untuk merawat batu karang. 
  • Daun dihancurkan dan ditampal pada bahagian sakit kepala.





Nasi Goreng Lada Hitam Dengan Nenas
saiz hidangan : 2-3 orang
by : http://orkidnrose.blogspot.com

Bahan bahan :

2 mangkuk nasi putih
200 gm daging / isi ayam di potong kecil (saya guna daging)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
4 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
nenas dipotong kiub
3 biji lada kecil (sekiranya suka pedas)
1/2 kiub pati ayam / daging
1 sudu sos ikan
Sedikit minyak
sedikit air
garam dan gula

Cara penyedianya :


  • panaskan kuali dan masukkan minyak. Apabila miyak sudah panas masukkan bawang kecil, bawang putih dan lada kecil. tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  • masukkan daging dan goreng sehingga daging masak.
  • kemudian masukkan lada hitam, sos tiram, sos cili, sos ikan, kicap, kiub pati ayam, kiub nenas garam, gula dan sedikit air.
  • biarkan seketika sehingga nenas sedikit masak. kemudian masukkan nasi putih.
  • kacau sehingga sebati dan sedia untuk dinikmati.

Friday, May 4, 2012

Ayam Masak Halia

AYAM MASAK HALIA









Salam... Menu kali ini sanagt ringkas dan mudah disediakan.. Ia juga merupakan salah satu menu kegemaran saya. Menu ini juga dapat membantu membuang angin di dalam badan kita kerana menggunakan halia yang banyak. Kebiasaannya saya akan makan halia yang dimasukkan resepi ini untuk kesihatan. Mari kita selongkar resepinya...


AYAM MASAK HALIA
Saiz Hidangan : 2-3 orang
by: orkidnrose.blogspot.com


Bahan Bahan :


1/4 ekor Ayam (Dipotong kecil)
2 cm Halia muda (mengikut citarasa)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar
sedikit Lobak merah (saya x isi sebab takde stok)
3 biji lada kecil (sekiranya tidak mahu pedas boleh ditukar kepada lada besar)
1 sudu besar Sos Ikan
1 sudu besar Lada sulah
1/4 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula


Cara penyediaan :

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.
  3. Masukkan air, lada sulah, garam, gula, lobak merah dan sos ikan 
  4. Biarkan seketika sehingga lobak sedikit layu dan boleh sedia untuk dihidangkan.
Note : Menu ini boleh dinikmati bersama nasi putih, nasi goreng dan lain lain.


Thursday, May 3, 2012

Ikan Kerapu Tiga Rasa / Sweet Sour

Salam perkenalan kepada yang baru sahaja menjengah ke blog yang tak berapa menarik ni. Maklumlah baru setahun jangung dalam bidang penulisan blog nie. Masih tidak pandai mangatur bait bait perkataan...  Diharap ada yang sudi memberi komen komen yang positif bagi menambah baik blok saya ini...

Pada kali ini saya ingin berkongsi resepi pula. Sudah banyak rasanya bercerita tentang bunga Orkid.. Tiba tiba tekak nie rasa teringin nak makan ikan Siakap Sweet Sour hasil air tangan sendiri... Mari kita lihat senarai bahan bahan untuk menu kali ini..

IKAN KERAPU SWEET SOUR / TIGA RASA


Bahan Bahan :

1 ekor Ikan Siakap (di siang dan digaul dengan garam dan kunyit)
1/2 biji Timun (dipotong dadu)
1 biji Tomato (dipotong dadu)
Nenas (dipotong dadu)
1 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
5 ulas Bawang Putih (diketuk)
2 biji Lada Besar
7 biji Cili Padi
5 sudu besar Sos Chili KIMBALL
2 sudu besar Sos Chili Thai
1 sudu besar Sos Tiram
Minyak Masak
Garam
Gula
Sebuk perasa
sedikit air

Cara Penyediaanya :


  1. Panaskan Kuali dan goreng ikan siakap dengan menggunakan minyak yang banyak. goreng sehingga garing dengan suhu yang tinggi dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga naik bau dan masukkan sos chili, sos chili thai dan sos tiram. 
  3. Masukkan sedikit air (1cawan). Kemudian masukkan semua bahan yang di potong dadu. masukkan garam, gula dan serbuk perasa. 
  4. Masak selama 3 hingga 5 minit.
  5. Curahkan di atas ikan yang telah digoreng. Siap untuk dihidang dan dinikmati. 






********************** SELAMAT MENCUBA *********************

Saturday, March 19, 2011

Sotong Goreng Kunyit

Resepi enak, mudah dan cepat

Bahan bahan :

1 Biji Bawang Besar (dipotong bulat)
3 biji Bawang Putih (diketuk)
500gm Sotong
7-12 biji Lada kecil (diketuk) *kuantiti mengikut citarasa tersendiri
2cm Kunyit Hidup (ditumbuk)/ kunyit serbuk
Asam Keping
Garan secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya :

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, cili padi dan bawang besar
2. Goreng sehingga kekuningan
3. Masukkan sotong, kunyit, garam dan asam keping
4. Goreng selama lebih kurang 15 minit dan sedia untuk di hidang

--------------------------SELAMAT MENCUBA-----------------------------------

Friday, March 11, 2011

Brokoli Celup Tepung


Merupakan menu makan malam yang mudah disediakan dan sedapppp....

Bahan bahan :

300gm Brokoli (dipotong mengikut citarasa sendiri)
2 biji Telur
1 Cawan Tepung Goreng Serbaguna
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaanya :

1. Pukul telur dalam mangkuk.
2. Celupkan brokoli kedalam telur dan gaulkan ke dalam tepung.
3. Panaskan Minyak dan goreng brokoli tadi sehingga nampak kekuningan
4. Hidang bersama sos

*Sesuai dimakan begitu saja atau dijadikan lauk.

--------------------------SELAMAT MENCUBA-------------------------------