Pages

Friday, November 23, 2012

Orkid Butterfly & Masak Lemak Ayam Pecen Dengan Tebu Telur

Salam 1 Malaysia... Hari ahad yang lepas pergi jalan jalan ke Pasar Tani Kuantan. Tujuan utamanya nak menjengok bunga bunga orkid... Dapat tengok tengok bunga orkid pun jadilah. Bukannya apa, bunga orkid ni kalau yang cantik cantik dan pelik pelik sikit ni mahal sesangat. Terutamanya yang spesis liar / hutan. Harga RM 200 pun ada. Tp berbaloi la bagi yang berduit. Kalau orang macam aku cukup la sekadar dapat tengok... Tak tergamak lagi rasanya untuk keluarkan duit membeli orkid dengan harga ratusan ringgit walaupun orked adalah cinta hati aku . Lagipun banyak lagi perkara yang lebih penting aku perlu beli dengan duit sebanyak itu.

Tengok punya tengok hati terpaut sudah kat orkid butterfly ni... Harganya RM 30.00. Ini Kali pertama aku beli orkid butterfly yang dah berbunga. Biasanya aku beli yang anak je. Harga RM 5-RM 10 je. Jenuh juga menuggu dia berbunga. Dah 6 bulan aku beli still tak berbunga.

Orkid Butterfly







Ayam Pencen Masak Lemak Dengan Telur Tebu


Tutup citer pasal bunga orkid... Kali nk citer pulak pasal penemuan baru makanan / sayauran kampung. Sayur telur tebu. Mungkin ramai yang dah makan kot. cuma aku je yang baru jumpa. Rupa telur tebu ni macam bungan kobis yang berbentuk panjang. Rasanya manis tebu. Kata peniaga di situ sedap dibuat gulai lemak putih. Tapi aku masukkan dalan gulai lemak ayam pencen.









Ayam Pencen Masak Dengan Telur Tebu

Bahan Bahannya :

1 ekor ayam pencen
1 biji Santan kelapa
1 cm Kunyit hidup / 1/2 sudu kunyit serbuk - ditumbuk
7 biji Lada Kecil (ikut citarasa sendiri) - ditumbuk
3 Batang serai
Telur tebu

Cara penyediaanya :

1. Rebus ayam pencen sehingga empuk dan air agak kering.
2. Masukkan santan, lada kecil, kunyit , serai garam dan serbuk perasa.
3. Masak sehingga menggelegak dengan apai sederhana. Gulai perlu dikacau sentiasa bagi mengelakan santan berbutir / pecah minyak.
4. Masukkan telur tebu dan masak lebih kurang 10 minit atau sehingga lembut tapi jangan sampai hancur.
5. Angkat dan hidangkan.





Kengsom Ikan Merah ( Asam Pedas Thai )

Salam 1 Malaysia.... Tetiba je tekak ni teringin nak makan makanan ala thai... Cuba search kat internet dan terjumpalah resepi kengsom (Asam Pedas Thai). Tapi aku suka suki ubah sikit resepi mengikut citarasa sendiri.

Rasanya masam masam pedas... sedappp... Cubalah resepi dibawah  ni :





bahan bahanya :

1/2 kg ikan merah (boleh guna ikan lain)
5 ulas Bawang putih
5 biji bawang kecil / merah
1 biji bawang besar
1/2 sudu Belacan
Daun Kesum
10 biji lada kecil (mengikut citarasa sendiri)
1 biji Lada Besar
1 Biji Tomato
1/2 biji Timun
Bendi
5 biji Limau kasturi (Ambil airnya)

Cara Penyediaanya :

1. Kisar Bawang Putih, Bawang Merah, Lada Kecil, Belacan.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan renes sehingga bahan kisar masak.
3. Masukkan ikan, daun kesum, Lada Besar, Tomato, Timun dan bendi.
4. Perasakan dangan garam dan serbuk perasa
5. Reneh sehingga semuanya Masak.
6. Masukkan perahan air limau dan sedia untuk dihidangkan.




Thursday, November 8, 2012

Bunga bungaku....

Rasa cinta pada bunga ros / mawar bermula semula... Kalau nak di ikutkan hati dah serik dan untuk menjaga bunga ros ni... Dh banyak dah bunga ros yang telah terkorban kerana aku.. sehingga hari ni aku masih lagi tidak dapat memahami kaedah penjagaan bunga ros... Bila ditanya pada tokey nurseri ada yang kata perlu guna baja organik. Tokey lain kata guna baja kimia sebab baja organik ni panas... Dah confused aku...

Namun minat menanam bunga ros bermula kembali setelah bunga ros yang aku beli semasa melancong ke Genting Highland tiak putus mengeluarkan bunga kuning yang menyejukan hati aku. Setiap kali aku balik kerja aku akan cium haruman dari bunga ros ini. Terasa hilang stress di tempat kerja.



Aku pun sekarang pantang nampak bunga ros.. terutamanya yang wangi. Ringan je tangan ni nak membeli... Tapi tengok keadaan la. Kalau time sengkek tu dpt cium dan tengok pun jadilah... Buat masa ni hanya ini yang ada...







 Koleksi bunga bungaan yang lain di rumah aku...

Orkid








Bunga Kekwa



Tak tau apa namanya... spesis bongsai kot




Bunga Yesterday Today Tomorrow (YTT)



Bunga Raya Kuning