Pages

Monday, December 17, 2012

Tahu Terbalik

Resepi Tahu Terbalik

Menu sajian yang ringan untuk minum petang atau untuk yang mengamalkan diet kurang karbihidrat mengunakan produk SDII.









Bahan Bahannya :
8 ekor udang / Isi Ayam - potong kecil
Lada Besar- hiris
Daun Sup - hiris
Telur
Lada Sulah
Lada Kecil - Kalau suka pedas
Bawang besar - potong dadu
Tahu Kering
Garam
Serbuk perisa

Cara Penyediaanya :
1. Tahu kering ada 4 permukaan. potong menyilang seperti huruf X pada satu permukaan dan terbaikan.
2. Buang semua isi tahu dan ketepikan.
3. Campurkan Isi tahu, isi udang / ayam, daun sup, lada besar dan kecil, telur,  garam dan serbuk perasa.
4. Gaulkan kesemuanya dan masukkan kedalam tahu tadi.
5. Goreng sengingga berwarna keperangan dengan api sederhana.

Selamat mencuba

Bunga Orkid Ku...

Salam semua.... Untuk entri kali ini hanya nak shere gambar gambar bunga orkid yang sedang bekembang mekar di laman kecil ku... Aku pun sebenarnya dh lama tak minilik nilik laman orkid aku ni... rumput pun dh smpai betis dah...



 NoID Cattleya... Semasa aku membelinya orkid ni belum mengeluarkan bunga lagi. En. Abg yg jual bunga ni kata orkid ni wangi... Aku pun terus je beli dengan harga RM 25.00. Selepas tiga minggu akhirnya bunganya bekembang mekar. Sebelum dia bekembang sepenuhnya aku try la cium bau dia. Takde bau pun.. Mula la duk menyumpah penjual tu. Tapi bila dah kembang sepenuhnya memang orkid ni mengeluarkan bau yang wangi... hmmm tu la cepat sangat nak marah kat orang kan... he he he. Nasihatkan diri sendiri yang mudah hot temper ni...


NoID Vanda...
Ini hasil lawatan ke pasar tani bersama adik aku. Aku je yang minat menanam yang adik aku ni minat complaint je. Aku beli dengan harga RM 25.00. Bunga dia dh agak kelayuan sebab tu dapat murah skt kot... Tp aku lupa nk tanya ID dia.

Spesis Denborium kot.... Hasil pemberian kasih sayang dari mak saudara di pekan... Agaknya sebab aku duk lama sangat kat laman orkid dia. Jadi dia bagi la 1 pokok kat aku... Kesian kt aku kot... hu hu hu.. Apa apa pun thank a lots  Mak Long...

Vanda lagiii... Beli kat pasar tani juga.. Harga RM 32.00 selepas habis mengayat En. Abg penjual bunga ni...



Selingan aje ni.... Saja nk try snap... tp guna kamera handphone je.. Tak sharp la gambarnya.