Pages

Thursday, February 10, 2011

Orkid



Ingin memulakan hobi baru iaitu menanam orkid

bagi memulakan hobi baru nie saya mulakan dengan mengenali orkid dan kaedah penanamanya


Pokok orkid terbahagi kepada dua golongan
1. Terrestrial spesies = Tumbuh di atas tanah
2. Ephiphyte spesies = Menumpang di atas dahan pokok lain
Pokok orkid mempunyai akar udara yang berfungsi menyerap nutrien
Pokok orkid di kelaskan kepada dua kumpulan mengikut kaedah pertumbuhannya
  • Monopodial
  • Simpodial
ORKID MONOPODIAL
Orkid yang mempunyai
  1. Batang yang tumbuh tinggi
  2. Daun keluar dari sisi
  3. Akar keluar dari sisi
  4. Bunga keluar di hujung batang
Contoh orkid:
  1. Vanda sp.
  2. Aranda sp
  3. Arachnis sp.
ORKID SIMPODIAL
Orkid yang mempunyai
  1. Satu jambak bungapada satu batang
  2. Hidup seolah serumpun
  3. Mempunyai batang atau bebawang
Contoh orkid :
  1. Cattleya sp.
  2. Dendrobium sp.
  3. Oncidium sp.
CIRI-CIRI FIZIKAL ORKID
Ada empat berdasarkan a. Bentuk b. Tekstur c. Ukuran d. Warna
BENTUK
  • Jenis Aranda : Tunggal, berbunga Sederhana
  • Jenis Arachnis : Tunggal, Berbunga Sederhana
  • Jenis Vanda dan Cattleya : Tunggal, Berbunga Besar
  • Jenis Dendrobium : Berumpun, Berbunga Sederhana
  • Jenis Oncidium : Berumpun, Berbunga Kecil
TEKSTUR
  • Tekstur halus contoh : Oncidium sp.
  • Tekstur sederhana contoh : Dendrobium sp.
  • Tekkstur kasar contoh : Cattleya sp.
UKURAN
Saiz dan ketingggian orkid bergantung pada jenisnya:
Ketinggian orkid antara 50mm -1000mm
WARNA
Orkid mempunyai pelbagai warna bunga yang menarik
Fungsi dan kegunaan pokok orkid
  • Jualan orkid berpasu
  • Jualan keratan bunga
  • Jualan orkid pada pasu gantung
  • Hiasan majlis rasmi
  • Hiasan halaman rumah
  • Hadiah
Kaedah pembiakan orkid
  • Guna biji benih
  • Guna keratan
  • Guna belahan rumpun
  • Guna kultur tisu
Cara menanam orkid
  • Masukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa kedalam pasu
  • Letakan anak pokok orkid ditengah pasu
  • Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga 3/4 kedalam pasu
  • Siram (dua kali sehari bila cuaca panas) (Bila hujan tidak perlu siram)
  • Letak tempat teduh