Pages

Tuesday, July 3, 2012

Bunga Kekwa @ Chrysantheum

Assalamualaikum... Maaf la kepada yang selalu singgah di laman blog yang tidak begitu memberangsangkan ini kerana sudah lama tidak update blog. Maklumlah bidang penulisan blog ni sebenarnya memerlukan bahan & idea yang baik untuk menarik minat bloger yang lain untuk singgah.







Pada kali ini aku ingin berkongsi ilmu tentang spesis bunga yang aku baru beli di pasar tani pagi Ahad di Kuantan, Pahang. Kebisaannya aku ke sini untuk membeli dan melihat lihat bunga orkid je. Tapi kali ini hati terpikat kat Bunga Kekwa yang berwarna "Maroon" nie. Pada mulanya aku tak mahu membeli bunga ni kerana bimbang bunga nie cerewet untuk dijaga namun setelah mendapat sedikit penerangan daripada penjual bunga ni akhirnya aku mendapatkannya dengan harga RM 10.00.


Setelah sampai di rumah aku mengambil keputusan untuk meletakkanya di dalam rumah. Semoga rumah yang tak  berapa nak besar dan cantik nie akan lebih berseri...  Inilah hasilnya... "Cantik juga. Pandai aku pilih bunga" kata dalam hati + perasan.









No comments:

Post a Comment