Pages

Wednesday, March 23, 2011

Pokok Ros / Mawar







Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Ros / Mawar yang cantik perlu penjagaan rapi.

Sebagai pemulaan, Saya menamam pokok ros / mawar di dalam pasu kerana saya tinggal di rumah sewa dan keadaan tanah saya tidak sesuai bagi pemanaman pokok ros / mawar. Walaubagaimanapun, bagi yang mahu menanam bunga ros di atas tanah perlulah membersihkan kawasan dan buang batu kecil sebelum tanam mawar kerana akar pokok sangat sensitif

Saya pasti ramai yang akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman.

Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi.


Cara Menanam Poko Ros / Mawar

Ramai memberitahu saya menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan

Tanah yang sesuai digunakan untuk penanaman bunga ros / mawar iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.

Sekiranya ingin menanam pokok ros di atas tanah, Seeloknya, ros / mawar di tanam berjauhan dari tanaman lain kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.


Baja untuk Ros / Mawar

Pokok bunga ros / mawar perlu di siram dua kali sehari. Air yang cukup perlu bagi memastikan akar dapat menyarap air yang secukunya untuk pembesaran pokok.

Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja yang digunakan oleh saya ialah baja organik tahi ayam. Baja ini boleh didapati dengan mudah di mana mana nurseri dan harganya juga tidak mahal.

Baja berkenaan akan dapat mengelakkan dahan menjadi kurus, pokok lebih tahan lama, pokok tidak berbunga dan atau daun mengalami masalah seperti kering, kekuningan dan bergulung. Pastikan baja tidak digunakan berlebihan dan mengikut jarak masa yang betul.

Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok.

Ros / mawar dikategorikan sebagai pokok manja, jadi saya selalu mencatas dahanya. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.

Kebiasaanya saya memcatas pokok setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.

“Ramai yang merungut, dahan yang dicantas terlalu panjang dan boleh memendekkan pokok. Namun, mereka tidak tahu, jika formula itu digunakan pokok akan lebih cepat berbunga. Setiap dahan yang dicantas akan cepat membawa tunas baru yang turut mengeluarkan kudup bunga"

Perlu di ketahui juga poko juga memerlukan kasih sayang dan belaian.
Ini haya cara saya menjaga pokok ros / mawar di laman sekangkang kera saya atas nasihat rakan rakan saya.

Kepada sesiapa yang tahu lebih lanjut berhubung penjagaan bunga ros bolehlah berkongsi pengalaman dengan saya bagi membantu saya menjaga bunga ros di rumah saya supaya lebih sihat dan mengeluarkan bunga yang banyak.

1 comment:

  1. salam puan, masaalah saya ialah pohon rose saya daun bekerinting, kudup kering dan terus mati.. bagaimana cara nya saya nak menyuburkan kembali dan apa masaalah sebenar pokok saya

    ReplyDelete