Pages

Monday, April 23, 2012

Melawat Triang Botanical Valley

18 April 2012... Bersama rakan baik melawat Triang Botanical Valley di Felda Bukit Puchong, Bera. Sedikit gambar yang sempat diambil... Di sini banyak terdapat orkid yang exotic.. sangat menarik..



Antara koleksi  di Triang Botanical Valley  ialah Dendronium Anosmum. Spesis ini akan menggugurkan daunnya sebelum mengeluarkan bunga yang berbau harum..


Orkid yang ini mungkin dari spesis Paphipudilum.. 


 Bunga orkid yang tidak diketahui namanya... Bunga yang warna kuning merah sangat menyerlah dan mengeluarkan bunga yang harum...



Gambar x begitu cantik dan jelas.. Maklumlah menggunakan camera yang murah dan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang fhotography ni.. Orkid ni dari spesis Denborium Bractesoum.. Sama seperti spesis Denborim yang lain yang akan mengeluarkan bunga bila daunnya gugur..


Phalaenopsis Amboinense




Mungkin lawatan susulan akan dijalakan untuk membeli pokok orkid ...

Tuesday, April 17, 2012

Koleksi Bunga






Koleksi bunga yang sedang bekembang di rumah kecil ku..



Orkid Denborium Purple.. 


 


Orkid Vanda Kuning. Baru dibeli di pasar tani.. RM 15.00


Orkid Dancing Lady. Dipanggil "dancing lady kerana kelopaknya seperti seorang perempuan sedang menari degan kain kembang.. Orkid ni sangat rajin mengeluarkan bunga.




Cattleeya Putih




Bunga Harum Suram Malam.. Sangat wangi terutamanya bila waktu senja.





Bunga Ros / mawar. Dulu ada bayak warna kat rumah tapi sekarang tinggal 2 warna je. Memerlukan penjagaan yang sangat cerewet...



Vanda Purple.. 


Denborium Kuning


Bunga yang tidak diketahui namanya... Dah hampir lebih setahun menjaganya... Baru sekarang dia mengeluarkan bunga yang lebat... sangat seronok..


Wednesday, March 23, 2011

Pokok Ros / Mawar







Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Ros / Mawar yang cantik perlu penjagaan rapi.

Sebagai pemulaan, Saya menamam pokok ros / mawar di dalam pasu kerana saya tinggal di rumah sewa dan keadaan tanah saya tidak sesuai bagi pemanaman pokok ros / mawar. Walaubagaimanapun, bagi yang mahu menanam bunga ros di atas tanah perlulah membersihkan kawasan dan buang batu kecil sebelum tanam mawar kerana akar pokok sangat sensitif

Saya pasti ramai yang akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman.

Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi.


Cara Menanam Poko Ros / Mawar

Ramai memberitahu saya menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan

Tanah yang sesuai digunakan untuk penanaman bunga ros / mawar iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.

Sekiranya ingin menanam pokok ros di atas tanah, Seeloknya, ros / mawar di tanam berjauhan dari tanaman lain kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.


Baja untuk Ros / Mawar

Pokok bunga ros / mawar perlu di siram dua kali sehari. Air yang cukup perlu bagi memastikan akar dapat menyarap air yang secukunya untuk pembesaran pokok.

Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja yang digunakan oleh saya ialah baja organik tahi ayam. Baja ini boleh didapati dengan mudah di mana mana nurseri dan harganya juga tidak mahal.

Baja berkenaan akan dapat mengelakkan dahan menjadi kurus, pokok lebih tahan lama, pokok tidak berbunga dan atau daun mengalami masalah seperti kering, kekuningan dan bergulung. Pastikan baja tidak digunakan berlebihan dan mengikut jarak masa yang betul.

Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok.

Ros / mawar dikategorikan sebagai pokok manja, jadi saya selalu mencatas dahanya. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.

Kebiasaanya saya memcatas pokok setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.

“Ramai yang merungut, dahan yang dicantas terlalu panjang dan boleh memendekkan pokok. Namun, mereka tidak tahu, jika formula itu digunakan pokok akan lebih cepat berbunga. Setiap dahan yang dicantas akan cepat membawa tunas baru yang turut mengeluarkan kudup bunga"

Perlu di ketahui juga poko juga memerlukan kasih sayang dan belaian.
Ini haya cara saya menjaga pokok ros / mawar di laman sekangkang kera saya atas nasihat rakan rakan saya.

Kepada sesiapa yang tahu lebih lanjut berhubung penjagaan bunga ros bolehlah berkongsi pengalaman dengan saya bagi membantu saya menjaga bunga ros di rumah saya supaya lebih sihat dan mengeluarkan bunga yang banyak.

Saturday, March 19, 2011

Sotong Goreng Kunyit

Resepi enak, mudah dan cepat

Bahan bahan :

1 Biji Bawang Besar (dipotong bulat)
3 biji Bawang Putih (diketuk)
500gm Sotong
7-12 biji Lada kecil (diketuk) *kuantiti mengikut citarasa tersendiri
2cm Kunyit Hidup (ditumbuk)/ kunyit serbuk
Asam Keping
Garan secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya :

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, cili padi dan bawang besar
2. Goreng sehingga kekuningan
3. Masukkan sotong, kunyit, garam dan asam keping
4. Goreng selama lebih kurang 15 minit dan sedia untuk di hidang

--------------------------SELAMAT MENCUBA-----------------------------------