Hai... Salam 1 Malaysia... Pada kali ini saya ingin berkongsi resepi yg direka sendiri oleh saya. Mungkin orang lain dah buat kot resepi ni cuma saya yang ketinggalan. Maklumlah orang rajin memasak. resepi yang saya masudkan ialah :
Terung Goreng Tahu Dengan Udang Kering
Bahan :
5 biji Terung Panjang (saiz kecil) - belah 2
2 keping tahu - di potong 9
3 ulas Bawang kecil. dihiris
1 ulas bawang putih di ketuk
3 tangkai cili padi
1 sudu serbuk perasa cukup rasa Maggi
3 sudu Udang kering
1 tangkai Daun kari
1/2 sudu minyak bijan - tak isi pun takpe
minyak untuk menumis
garam secukupnya.
Cara penyediannya :
1. Goreng terung dalam minyak sehingga masak dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering sehingga udang agak garing.
3. Masukkan tahu, daun kari serbuk perisa dan garam. Kacau selama 5 minit dan masukkan terung yang telah digoreng.
4. Kacau seketika dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment