Ingin memulakan hobi baru iaitu menanam orkid
bagi memulakan hobi baru nie saya mulakan dengan mengenali orkid dan kaedah penanamanya
Pokok orkid terbahagi kepada dua golongan
1. Terrestrial spesies = Tumbuh di atas tanah
2. Ephiphyte spesies = Menumpang di atas dahan pokok lain
Pokok orkid mempunyai akar udara yang berfungsi menyerap nutrien
Pokok orkid di kelaskan kepada dua kumpulan mengikut kaedah pertumbuhannya
- Monopodial
- Simpodial
ORKID MONOPODIAL
Orkid yang mempunyai
- Batang yang tumbuh tinggi
- Daun keluar dari sisi
- Akar keluar dari sisi
- Bunga keluar di hujung batang
Contoh orkid:
- Vanda sp.
- Aranda sp
- Arachnis sp.
ORKID SIMPODIAL
Orkid yang mempunyai
- Satu jambak bungapada satu batang
- Hidup seolah serumpun
- Mempunyai batang atau bebawang
Contoh orkid :
- Cattleya sp.
- Dendrobium sp.
- Oncidium sp.
CIRI-CIRI FIZIKAL ORKID
Ada empat berdasarkan a. Bentuk b. Tekstur c. Ukuran d. Warna
BENTUK
- Jenis Aranda : Tunggal, berbunga Sederhana
- Jenis Arachnis : Tunggal, Berbunga Sederhana
- Jenis Vanda dan Cattleya : Tunggal, Berbunga Besar
- Jenis Dendrobium : Berumpun, Berbunga Sederhana
- Jenis Oncidium : Berumpun, Berbunga Kecil
TEKSTUR
- Tekstur halus contoh : Oncidium sp.
- Tekstur sederhana contoh : Dendrobium sp.
- Tekkstur kasar contoh : Cattleya sp.
UKURAN
Saiz dan ketingggian orkid bergantung pada jenisnya:
Ketinggian orkid antara 50mm -1000mm
WARNA
Orkid mempunyai pelbagai warna bunga yang menarik
Fungsi dan kegunaan pokok orkid
- Jualan orkid berpasu
- Jualan keratan bunga
- Jualan orkid pada pasu gantung
- Hiasan majlis rasmi
- Hiasan halaman rumah
- Hadiah
Kaedah pembiakan orkid
- Guna biji benih
- Guna keratan
- Guna belahan rumpun
- Guna kultur tisu
Cara menanam orkid
- Masukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa kedalam pasu
- Letakan anak pokok orkid ditengah pasu
- Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga 3/4 kedalam pasu
- Siram (dua kali sehari bila cuaca panas) (Bila hujan tidak perlu siram)
- Letak tempat teduh
No comments:
Post a Comment