Pages

Wednesday, March 27, 2013

Salam 1 malaysia.... kepada semua pembaca di alam maya yang ungkin mempunyai minat yang sama dengan ku atau kepada yang tidak sengaja singgah di blog yang tak berapa nak berseri ni. Kali ni just nk post pasal bunga bunga orkid yang baru je ada dalam koleksi dan bunga bunga lain yang ada di dalam jagaan ku...

Ini antara bunga orkid kegemaran aku sebab warna yang exotic dan mengeluarkan bau wangi / harum semerbak seperti bau melur. Orkid ni pun rajin berbunga. Nama orkid ini adalah VANDA MIMI PALMER.


Orkid ni aku beli di Pasar Tani Kuatan dengan harga RM 35.00. (Kalau tak salah aku le).



Bila orkid ni berbunga, bila aku balik dari kerja aku akan datang padanya dan mencium haruman dari bunganya. Dia seakan memanggil aku supaya datang padanya. Berbaloi rasanya beli orkid ni.

Orkid ni pula MOKARA DATIN SERI ENDON. Kata penjual orkid ni la. kalau salah tolong betulkan ye...


Warna merah yang menwan hatiku. 


gambar zoom in bunganya


zoom in dari tepi. (menarik gak he he he).


Orkid merah lagi. Tapi yang ni tak tau IDnya.. Bunga kecil kecil dan lebat. Kata si penjual bunga, orkid ni dari thailand... betul atau tak aku pun tak tau.



gambar close out

 setelah beberapa mingu dalam jagaan ku,kuntuman bunganya dah mula berguguran. Rinda na tengok dia mengeluarkan bunga lagi.


Orkid ni pula dari spesis Vanda. tapi ID sebenarnya aku tak tau la. Wana Oren kemerahan.. Ada campuran kuning sikit kat bahagian tengah. Kuntumam bunga sederhana besar dan berbintik.. 


Close Out... Cantikk kan?



Yang ini pula bunga orkid tapi bunga Ros. Tak sangka masih nak berbunga. Aku ingat ros ni dah mengajuk dengan aku sebab aku x pandai menjaanya... Walau pun tak berapa nak segar tapi bunganya tetap cantik...



Gambar close out...

Ok semua... sampai disini saja entri yang dapat aku kongsi dengan pembaca di alam maya ni. semoga aku masih lagi mempunyai kesempatan untuk berkongsi minat dan ilmu yang aku pelajari... jumpa lagi...

Thursday, January 17, 2013

Tiram / Oyster

Jalan Jalan ke Negeri Che Siti Wang Kembang...

Dalam perjalanan balik singgah kat gerai tepi jalan... Penjual kat situ sibuk promote tiram / oyster. Pada mulanya aku ni tak berani nak cuba... Tengok rupanya macam menggelikan... Lagipun macam tak percaya je tiram rupa macam ni.. Tgk kat botol sos tiram tu cantik je rupanya..

Balik je ke rumah aku pun try la buat macan yang tuan kedai tu syorkan... Rupa rupanya memang sedap. Lagi best cicah ngan air asam... Memang Terbaik !!!!.. Kali pertama dalam hidup makan tiram fresh... Selama ni mkn sos tiram jek...













Monday, December 17, 2012

Tahu Terbalik

Resepi Tahu Terbalik

Menu sajian yang ringan untuk minum petang atau untuk yang mengamalkan diet kurang karbihidrat mengunakan produk SDII.









Bahan Bahannya :
8 ekor udang / Isi Ayam - potong kecil
Lada Besar- hiris
Daun Sup - hiris
Telur
Lada Sulah
Lada Kecil - Kalau suka pedas
Bawang besar - potong dadu
Tahu Kering
Garam
Serbuk perisa

Cara Penyediaanya :
1. Tahu kering ada 4 permukaan. potong menyilang seperti huruf X pada satu permukaan dan terbaikan.
2. Buang semua isi tahu dan ketepikan.
3. Campurkan Isi tahu, isi udang / ayam, daun sup, lada besar dan kecil, telur,  garam dan serbuk perasa.
4. Gaulkan kesemuanya dan masukkan kedalam tahu tadi.
5. Goreng sengingga berwarna keperangan dengan api sederhana.

Selamat mencuba

Bunga Orkid Ku...

Salam semua.... Untuk entri kali ini hanya nak shere gambar gambar bunga orkid yang sedang bekembang mekar di laman kecil ku... Aku pun sebenarnya dh lama tak minilik nilik laman orkid aku ni... rumput pun dh smpai betis dah...



 NoID Cattleya... Semasa aku membelinya orkid ni belum mengeluarkan bunga lagi. En. Abg yg jual bunga ni kata orkid ni wangi... Aku pun terus je beli dengan harga RM 25.00. Selepas tiga minggu akhirnya bunganya bekembang mekar. Sebelum dia bekembang sepenuhnya aku try la cium bau dia. Takde bau pun.. Mula la duk menyumpah penjual tu. Tapi bila dah kembang sepenuhnya memang orkid ni mengeluarkan bau yang wangi... hmmm tu la cepat sangat nak marah kat orang kan... he he he. Nasihatkan diri sendiri yang mudah hot temper ni...


NoID Vanda...
Ini hasil lawatan ke pasar tani bersama adik aku. Aku je yang minat menanam yang adik aku ni minat complaint je. Aku beli dengan harga RM 25.00. Bunga dia dh agak kelayuan sebab tu dapat murah skt kot... Tp aku lupa nk tanya ID dia.

Spesis Denborium kot.... Hasil pemberian kasih sayang dari mak saudara di pekan... Agaknya sebab aku duk lama sangat kat laman orkid dia. Jadi dia bagi la 1 pokok kat aku... Kesian kt aku kot... hu hu hu.. Apa apa pun thank a lots  Mak Long...

Vanda lagiii... Beli kat pasar tani juga.. Harga RM 32.00 selepas habis mengayat En. Abg penjual bunga ni...



Selingan aje ni.... Saja nk try snap... tp guna kamera handphone je.. Tak sharp la gambarnya.

Friday, November 23, 2012

Orkid Butterfly & Masak Lemak Ayam Pecen Dengan Tebu Telur

Salam 1 Malaysia... Hari ahad yang lepas pergi jalan jalan ke Pasar Tani Kuantan. Tujuan utamanya nak menjengok bunga bunga orkid... Dapat tengok tengok bunga orkid pun jadilah. Bukannya apa, bunga orkid ni kalau yang cantik cantik dan pelik pelik sikit ni mahal sesangat. Terutamanya yang spesis liar / hutan. Harga RM 200 pun ada. Tp berbaloi la bagi yang berduit. Kalau orang macam aku cukup la sekadar dapat tengok... Tak tergamak lagi rasanya untuk keluarkan duit membeli orkid dengan harga ratusan ringgit walaupun orked adalah cinta hati aku . Lagipun banyak lagi perkara yang lebih penting aku perlu beli dengan duit sebanyak itu.

Tengok punya tengok hati terpaut sudah kat orkid butterfly ni... Harganya RM 30.00. Ini Kali pertama aku beli orkid butterfly yang dah berbunga. Biasanya aku beli yang anak je. Harga RM 5-RM 10 je. Jenuh juga menuggu dia berbunga. Dah 6 bulan aku beli still tak berbunga.

Orkid Butterfly







Ayam Pencen Masak Lemak Dengan Telur Tebu


Tutup citer pasal bunga orkid... Kali nk citer pulak pasal penemuan baru makanan / sayauran kampung. Sayur telur tebu. Mungkin ramai yang dah makan kot. cuma aku je yang baru jumpa. Rupa telur tebu ni macam bungan kobis yang berbentuk panjang. Rasanya manis tebu. Kata peniaga di situ sedap dibuat gulai lemak putih. Tapi aku masukkan dalan gulai lemak ayam pencen.









Ayam Pencen Masak Dengan Telur Tebu

Bahan Bahannya :

1 ekor ayam pencen
1 biji Santan kelapa
1 cm Kunyit hidup / 1/2 sudu kunyit serbuk - ditumbuk
7 biji Lada Kecil (ikut citarasa sendiri) - ditumbuk
3 Batang serai
Telur tebu

Cara penyediaanya :

1. Rebus ayam pencen sehingga empuk dan air agak kering.
2. Masukkan santan, lada kecil, kunyit , serai garam dan serbuk perasa.
3. Masak sehingga menggelegak dengan apai sederhana. Gulai perlu dikacau sentiasa bagi mengelakan santan berbutir / pecah minyak.
4. Masukkan telur tebu dan masak lebih kurang 10 minit atau sehingga lembut tapi jangan sampai hancur.
5. Angkat dan hidangkan.





Kengsom Ikan Merah ( Asam Pedas Thai )

Salam 1 Malaysia.... Tetiba je tekak ni teringin nak makan makanan ala thai... Cuba search kat internet dan terjumpalah resepi kengsom (Asam Pedas Thai). Tapi aku suka suki ubah sikit resepi mengikut citarasa sendiri.

Rasanya masam masam pedas... sedappp... Cubalah resepi dibawah  ni :





bahan bahanya :

1/2 kg ikan merah (boleh guna ikan lain)
5 ulas Bawang putih
5 biji bawang kecil / merah
1 biji bawang besar
1/2 sudu Belacan
Daun Kesum
10 biji lada kecil (mengikut citarasa sendiri)
1 biji Lada Besar
1 Biji Tomato
1/2 biji Timun
Bendi
5 biji Limau kasturi (Ambil airnya)

Cara Penyediaanya :

1. Kisar Bawang Putih, Bawang Merah, Lada Kecil, Belacan.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan renes sehingga bahan kisar masak.
3. Masukkan ikan, daun kesum, Lada Besar, Tomato, Timun dan bendi.
4. Perasakan dangan garam dan serbuk perasa
5. Reneh sehingga semuanya Masak.
6. Masukkan perahan air limau dan sedia untuk dihidangkan.