Pages

Sunday, March 27, 2011

Perkahwinan Achik & Imah








Koleksi Gubahan Hantaran


Koleksi Gubahan Hantaran








Antara Koleksi gubahan hantaran yang telah di buat

Pertunangan Achik & Imah

Wednesday, March 23, 2011

Pokok Ros / Mawar







Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Ros / Mawar yang cantik perlu penjagaan rapi.

Sebagai pemulaan, Saya menamam pokok ros / mawar di dalam pasu kerana saya tinggal di rumah sewa dan keadaan tanah saya tidak sesuai bagi pemanaman pokok ros / mawar. Walaubagaimanapun, bagi yang mahu menanam bunga ros di atas tanah perlulah membersihkan kawasan dan buang batu kecil sebelum tanam mawar kerana akar pokok sangat sensitif

Saya pasti ramai yang akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman.

Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi.


Cara Menanam Poko Ros / Mawar

Ramai memberitahu saya menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan

Tanah yang sesuai digunakan untuk penanaman bunga ros / mawar iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.

Sekiranya ingin menanam pokok ros di atas tanah, Seeloknya, ros / mawar di tanam berjauhan dari tanaman lain kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.


Baja untuk Ros / Mawar

Pokok bunga ros / mawar perlu di siram dua kali sehari. Air yang cukup perlu bagi memastikan akar dapat menyarap air yang secukunya untuk pembesaran pokok.

Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja yang digunakan oleh saya ialah baja organik tahi ayam. Baja ini boleh didapati dengan mudah di mana mana nurseri dan harganya juga tidak mahal.

Baja berkenaan akan dapat mengelakkan dahan menjadi kurus, pokok lebih tahan lama, pokok tidak berbunga dan atau daun mengalami masalah seperti kering, kekuningan dan bergulung. Pastikan baja tidak digunakan berlebihan dan mengikut jarak masa yang betul.

Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok.

Ros / mawar dikategorikan sebagai pokok manja, jadi saya selalu mencatas dahanya. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.

Kebiasaanya saya memcatas pokok setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.

“Ramai yang merungut, dahan yang dicantas terlalu panjang dan boleh memendekkan pokok. Namun, mereka tidak tahu, jika formula itu digunakan pokok akan lebih cepat berbunga. Setiap dahan yang dicantas akan cepat membawa tunas baru yang turut mengeluarkan kudup bunga"

Perlu di ketahui juga poko juga memerlukan kasih sayang dan belaian.
Ini haya cara saya menjaga pokok ros / mawar di laman sekangkang kera saya atas nasihat rakan rakan saya.

Kepada sesiapa yang tahu lebih lanjut berhubung penjagaan bunga ros bolehlah berkongsi pengalaman dengan saya bagi membantu saya menjaga bunga ros di rumah saya supaya lebih sihat dan mengeluarkan bunga yang banyak.

Saturday, March 19, 2011

Sotong Goreng Kunyit

Resepi enak, mudah dan cepat

Bahan bahan :

1 Biji Bawang Besar (dipotong bulat)
3 biji Bawang Putih (diketuk)
500gm Sotong
7-12 biji Lada kecil (diketuk) *kuantiti mengikut citarasa tersendiri
2cm Kunyit Hidup (ditumbuk)/ kunyit serbuk
Asam Keping
Garan secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya :

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, cili padi dan bawang besar
2. Goreng sehingga kekuningan
3. Masukkan sotong, kunyit, garam dan asam keping
4. Goreng selama lebih kurang 15 minit dan sedia untuk di hidang

--------------------------SELAMAT MENCUBA-----------------------------------

Friday, March 11, 2011

Brokoli Celup Tepung


Merupakan menu makan malam yang mudah disediakan dan sedapppp....

Bahan bahan :

300gm Brokoli (dipotong mengikut citarasa sendiri)
2 biji Telur
1 Cawan Tepung Goreng Serbaguna
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaanya :

1. Pukul telur dalam mangkuk.
2. Celupkan brokoli kedalam telur dan gaulkan ke dalam tepung.
3. Panaskan Minyak dan goreng brokoli tadi sehingga nampak kekuningan
4. Hidang bersama sos

*Sesuai dimakan begitu saja atau dijadikan lauk.

--------------------------SELAMAT MENCUBA-------------------------------


Kucing kesayanganku...





Dah lama tidak meluangkan masa untuk update blog ni. Maklumlah Baru nk mula berjinak jinak dengan blog ni. Masih tidak tau apa yang nak ditulis dalam blog ni.
Kali ni hanya untuk
memperkenalkan kucing kesayangan ku. Yang putih tu namanya putih... yang oren putih tu namanya oyen... Kucing yang jadi temanku semasa berjauhan dengan keluarga... Kucing putih ni merupakan kucing liar di belakang rumah aku. Aku ambil masa dia masih kecil lagi. Alhamdulilah sepanjang menjaganya dia tak banyak bagi masalah pada aku... Kucing yang oren ni pulak aku ambil dari rumah makcik aku. kucing yang ni pun tak banyak bagi masalah kat aku...
Cuma kedua duanya cerewet pasal makan... Diorang ni nak makan ikan rebus gaul dangan nasi. Tak nak makan biskut kucing. Ikan yang rebus tu pulak kena isi garam dan asam keping. Kata orang tak elok untuk kucing kalau isi garam ngan asam. Tapi nak buat macam mana kalau tak buat macam tu taknak makan pulak. mula la bising je bunyi. mengikut kaki la, panjat sana sini la... Emm... Walauapapun itulah kucing kesayangan aku, temanku.... Tapi ada sikit masalah pada kucing oren ni. Badan dia ada kurap.. emm... macam mana la aku nak merawat kurap kucing ni ye...
.